Episode 1: Adakah ini keb (1/1)

Eunbi`s  POV “Selamat pagi,Puan Yoon! ” jeritku sambil tersenyum lebar kepada wanita yang telah pun menjangkau umur separuh abad itu. Kelihatannya dia sedang menyiram pokok-pokok bunga melur yang terdapat di kawasan halaman rumahnya sewaktu aku memberhentikan basikalku betul-betul di hadapan pagar rumahnya.Bau haruman bunga melur yang mengasyikkan itu menusuk ke dalam rongga hidungku dan membuatkan aku memejamkan mataku seketika untuk menghayati bauan itu.“Selamat pagi juga,Eunbi.”  Aku lantas membuka mataku kembali tatkala suara wanita itu menyentuh gegendang telingaku dan aku lihat, dia turut tersenyum kepadaku. Begitu manis senyumannya sehinggakan kedutan halus di wajahnya akibat penuaan itu seperti tidak lagi kelihatan.Dia kemudiannya melepaskan paip air yang dia gunakan untuk menyiram tadi ke tanah dan mula berjalan ke arahku yang masih berada di atas basikal.“Nah,ini susu segar untuk ahjumma hari ini.” Aku hulurkan satu kotak susu bersaiz sederhana sebaik sahaja wanita itu mendekatiku dan dia menyambutnya dengan sopan.“Terima kasih,Eunbi-ah. Rajin betul kamu ni,tiap-tiap pagi hantar susu pada ahjumma. Beruntung dapat anak macam kamu ni.” Dia menepuk perlahan bahu kananku. Sepertinya, dia sangat bangga denganku.Aku pula malu dipuji sebegitu. Secara spontan,aku menggaru kepalaku yang tidak gatal sambil tersengih.“Itu memang kerja saya lah ahjumma. Jadi,saya mesti lakukannya. He! He! Okeylah ahjumma, saya pergi dulu yer.” Aku mula meletakkan kakiku di atas pedal basikal  dan bersedia untuk membuat kayuhan.“Iyalah. Hati-hati bawa basikal tu. Jangan laju-laju.”“Baiklah!” aku melambaikan tangan ke arahnya dan seperti hari-hari sebelumnya,wanita yang merupakan ibu tunggal yang telah kehilangan suami dan satu-satunya anak perempuannya pada tiga tahun yang lepas itu membalas lambaianku.Aku kemudian,meneruskan kayuhanku dengan selaju yang boleh. Bukan aku tidak ingat akan pesanan Puan Yoon tadi tapi, aku ingin cepat-cepat sampai ke rumah.Aku tidak mahu lambat ke sekolah !      “Ibu!! Mana kasut Eunbi?” jeritku sambil mata dan tanganku ligat mencari kasut sekolah kesayanganku itu.“Kamu letak di mana semalam? Tak de ke dalam rak kasut tu?” Ibu turut menjerit dari dapur.“Tak ada pun. Ala…Eunbi dah lambat nak pergi sekolah ni.” rengekku tapi aku tidak berputus asa. Aku terus mencari kasutku itu sehinggakan habis seluruh isi rak kasut itu aku keluarkan. Kini, segala jenis kasut dan selipar yang tadinya tersusun kemas di dalam rak kasut itu telah berselerak di atas lantai.Tapi malangnya……kasut sekolahku tetap juga tidak ditemui.Missing in action!Mahu ataupun tidak,terpaksa mahupun rela…disebabkan takut terlambat ke sekolah, aku mengambil keputusan  untuk memakai mana-mana sahaja kasut yang berada di atas lantai di hadapanku ini,asalkan aku tidak berkaki ayam ke sekolah. Dan akhirnya,kasut sukan Converse berwarna pink cair yang berada betul-betul di sebelah kakiku menjadi pilihan.Aku terus memakai kasut itu dengan tergopoh-gapah sehinggakan aku tidak sempat untuk mengikat talinya dengan betul.Biarlah,tiada orang akan perasanlah !“Eunbi pergi dulu ibu !” Sekali lagi,aku menjerit dari luar rumah dan tanpa menunggu balasan dari ibu,aku terus mencapai basikalku dan terus memecut ke sekolah.‘Harap-haraplah,aku sempat sampai sebelum pagar sekolah tutup.’ Oh,ya ! Lupa nak perkenalkan diri.  Nama aku Lee Eunbi.Aku anak tunggal dalam keluarga Lee. Ibuku suri rumah tangga sepenuh masa manakala ayahku seorang tentera. Disebabkan ayah selalu bermalam di luar dan jarang berada di rumah disebabkan tuntutan kerjanya jadi, sudah menjadi kebiasaan bagi aku dan ibu untuk tinggal berdua di rumah.Walaupun kadang-kadang aku terasa sunyi tanpa ayah di sisi,tapi…aku harus akur dan memahami tanggungjawab ayah sebagai seorang insan yang sedang berjuang untuk mempertahankan keselamatan negara.Aku bersyukur……sekurang-kurangnya aku masih ada ibu di sisi.Okey,next !Seterusnya mengenai diriku.Aku adalah pelajar tahun dua,kelas ketiga di Sekang High School.Selain daripada belajar, aku mempunyai kerja sambilan. Setiap pagi,kerja aku adalah menghantar susu kotak segar ke setiap rumah di kawasan perumahan tempat tinggal aku sekarang.Tapi jangan salah sangka dulu…aku melakukan pekerjaan itu bukan kerana sekeping kertas kecil yang bernama wang, bagiku duit belanja yang ibu berikan setiap hari sudah mencukupi. Sebaliknya,pekerjaan itu aku lakukan demi mencari sebuah kepuasan. Kepuasan yang tidak akan dapat aku rasai jika hanya terus berdiam diri tanpa berbuat apa-apa.Lagipun,kerja sambilanku itu membolehkan aku mengenali jiran tetanggaku dengan lebih dekat.Aku gembira dapat mengenali mereka semua!  Please Subscribe to read the full chapter

Copyright Yepcca All Rights Reserved. Sitemap